SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, June 11, 2011

Antara Kerja Penting Sebelum Masuk Rumah Baru


Tara ~~! 

Mama Likha dah pandai jejak nursery, untuk tengok pokok - pokok bunga yang bakal disunting untuk ditanam di rumah baru nanti. Pertama kali okay, pergi sendiri - sendiri ke nursery bunga without my sifu ~ Ummi.... :)


Hahaha. Takde lah, sebenarnya ke nursery adalah untuk mensurvey rumput karpet. Untuk rumah baru nanti. Ada tanah sekangkang kera bawah porch sebelah parking kereta, Mama rancang nak bubuh rumput karpet. Nampak kemas dan cantik sikit kan..? 


Ada dua pilihan yang diberi, 1) jenis Phililipines RM 1.50 sepetak tu. Nampak jer tak cantik dan kering kan, sebab memang terdedah tepi jalan dan tengah panas. Kalau kat rumah kita nanti, kita jaga lah biar cantik dan gebu :)


2) Jenis mutiara RM 1.60 sepetak tu. Yang ni nampak lebih kasar dan tidak akan tumbuh panjang, duk jer melepek macam tu.


Bagi Mama, Mama lebih suka yang Philipines tu. Lembut, tapi katanya orang tu perlu diselalu bajalah ! Dan sampai masa, dia akan tumbuh panjang dan perlu digunting. Hah ! Yang part baja tu, adoiiii.... , tangan Mama ni serasi ke nak berbakti pada tanah ni...? Ni baru nak suntik minat cintakan bunga - bunga ni.... Mudah - mudahan berjaya lah nanti yer.



Dan bila beransur ke bahagian bunga, Mama Likha taktahu dah nak buat pilihan. Semua pun nampak cantik. Ishhh ! Memang jahil betul lah ilmu bab bunga dan tanaman - tanaman ni.... Banyak yang perlu Mama Likha belajar lagi ni :( Semangat dan minat mencari ilmu dalam bab ni dah datang dah ! Normal lah tu kan.. ?!


Lepas nursery, Mama - Malikha terus proceed ke Serambi Indah di Kg Subang, kedai curtain. Weols dah pergi last week, cuma ambil no dan Mama dah pun call bertanya khabar tuan empunya kedai curtain tu. Dah alang - alang keluar, teruslah singgah.


Ni adalah second time Mama Likha nak tempah curtain. First time experience dulu, masa baru kawen. Selain daripada curtain, kedai ni juga boleh buat repair dan tempah sofa, wallpaper dan segala jenis blinds. Mama Likha pun berhajat nak modfy sofa, so at last dah jumpa right place ni... :)








More than 3 hours kat situ, nasib baiklah Malikha ok - ok saja, dah almost finalized semua jenis warna, material dan corak untuk semua tingkap yang ada. Dan ditempah beserta rod dan railing aluminium sekali dan blind untuk 2 bedrooms. Huhhh, nak pilih semua ni bukan kerja mudah. Nak kena match, sesuai tak dengan color wardrobe dan benda - benda lain lagi... Actually tak banyak sangat tingkap sebab rumah tengah kan...?


Appoinment sudah diset untuk proses mengambil ukuran tingkap dan sliding door disite esok beserta pemilihan lagi sekali bersama Papa Likha... :) Insya Allah, kalau semuanya berjalan lancar, proses tempahan curtain ni takes in 2 - 3 weeks.


Aura pindah rumah makin kuat ni. Lepas site visit esok, boleh lah cerita serba sedikit progress rumah setakat ni :)


Ok bye !
Tidur dulu yer !
:)

7 comments:

risa said...

weeeeeeeeeeeee...bestnye nak pindah umah baru kan kan ..akak dah dapat rasa tu dan pernah rasa...hehehe
rumput philiphines tu memang chantekkkkk

PinKy MoMMa said...

wahhh best best pegi nursery hehe ;)
me prefer mutiara sbb dh penah tanam yg carpet tu tp bila dia tak blh panas sgt..nnt kuning..

owh my..serius..i yg xcited la mama..wiwiwi
tak sabar nak tgk hasil curtain umah likha..update lagi ye.. ^_^

Kyra said...

wahhhhhh
syokkan nak duduk umah baru..semangat ler nak mcantikkan umah kan

Ibu Yusuf Maryam said...

Tahniah ztee, nak masuk rumah baru. Di mana rumahnya?

eliyaezlinalias said...

Wah!!!!gadis genius ke kdai bunga
konpom bateflai kt kdai tu serbu dia scra bjmaah!!!!
Seeewwwwwiiiittttt kannnnnnnnn

Ibu Darwisy said...

selamat mencari idea yg fud2..insyaALLAH x kering idea tu..ztee, kat area masjid ke kedai tu?

Farah Shamsudin said...

seronok kan nak masuk rumah baru.. farah dulu, semua pun survey bersama en hubby..beliau taste agak lain sedikit.. tu kena pergi dengan beliau juga..:)