SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, April 29, 2010

Isu Meroyan Kejap

Saya benci diri saya sekarang. Saya mudah sangat terasa atau dengan kata lain sensitif. Sensitif pada By yang teruknya. Ada masa tak tahu nak kontrol macam mana. Tambah tambah lepas berkahwin dan ada Malikha yang gemuk tu.


Tadi, pas lunch tyme... Papa called saya. Saya report duty saya arini ke beliau. Mana nak pegi, ape nak buat hari ni. Padahal pagi tadi dah cerita dah pun. Sebab esok dah nak balik kan, konon2 hari ni saya sibuk la nak ke situ sini.. Tapi tkde kehal pun.


Tanya Papa dah makan ker. Yer, die baru sempat makan ayam KFC seketul sebab banyak kerja sangat. Papa sambung cerita la, yang sorang staff masuk bilik dia hantar dokumen, tetiba 'pau' dia. Story nya macamni lebih kurang, ''En Syahmi, arini beday saya. En Syahmi tknak belanje ker.''


Beliau belanja satu floor makan KFC sempena birthday staff yang seorang tu.


Zassttt! Terus saya tersentap ambil hati. Diam lama.


Tu lah saya sekarang ni.


Pastu By dah paham saya mula tarik muncung. Balah kecil kejap.


Saya tanya By lagi, ''Camne kalo esok ada lagi staff dtg, eh en Syahmi.. arini beday saya.. tknak belanja...?'' Dan esok, dan esok dan esok, esok, esok, esok... datang lagi sorang sorang staff yang ngendeng ngendeng mintak di belanja?


Wah melampau! Sapa sebenarnya yang melampau ni..??


Saya lah.


Honestly, bila fikir2kan balik... buat apa saya nak cemburu? Nak ambil hati? Nak sensitif dengan isu tu? Salah ke seorang bos belanja anak2 buah dia? Itu pun kira bersedekah dan berbuat baik kan? Sebenarnya tak salah pun. Bukan hari hari pun By buat centu. Tapi kalau hari hari saya memang nak makan terasa hati jugak.


Macam saya gak kat kampeni lama.. Bos kat sana baik baik. Asek belanja makan. Bila dapat bonus, share jugak dgn staff. Tk cukup dgn bonus, kadang2 hulur jugak angpau raya time raya. Bila segan nak terima, cakap duit raya untuk anak.


Tapi tu lah saya, sensitif!


Agaknya saya cemburu dengan permintaan budak tu. Hishhh!


Suka fikir negatif.


Yang terseksa By la, dengar bebelan mak nenek saya.


Tolong... tolong.. Saya nak buang perangai buruk ni!

No comments: