Dari satu sumber :
Assalamualaikum Ustazah.
Saya seorang isteri dan ibu yang bekerjaya kepada sepasang cahaya mata. Saya telah berkahwin selama 12 tahun. Sebelum ini, tidak ada masalah yang timbul daripada perkahwinan kami yang dibina atas dasar saling mencintai ini.
Keadaan mula berubah, bila pergaulan saya dgn seorang kawan sepejabat yang juga merupakan suami dan bapa kepada 4 orang anak, bertukar dr seorang kawan kepada status lebih mesra. Si dia muda dari saya 3 tahun. Saya mula mengabaikan tanggungjawab saya pada anak, suami dan rumahtangga. Hampir 3 tahun bergelumang dosa, saya masih dpt blagak mcm biasa dan suami tidak dapat mengesan perubahan saya. Untuk pengetahuan ustazah, suami saya seorang yang sangat baik, memenuhi segala tanggungjawab pada keluarga namun akibat kesibukan dia membuatkan saya berasa tidak dihiraukan.
Perhubungan saya dgn 'rakan sekerja' td mula membibitkan bunga bunga cinta. Saya mula balik lambat dr biasa, utk mhabiskan masa bersama dia. Kebetulan anak duduk bersama keluarga mertua yang tinggal berhampiran ketika saya dan suami bekerja. Kami semakin mesra, dan entah bila saya mula semakin lalai, merasa bahagia dan mencintai dia. Cinta kami semakin membara dan saya semakin hanyut dgn dosa...
Si dia pernah melamar saya demi cinta dia pada saya. Saya sedar saya mencintai dia, ustazah. Kami akan menghabiskan masa bersama di hujung minggu, dgn alasan pada suami saya terpaksa melakukan kerja lebih masa atau keluar daerah. Saya mula berasa seronok dgn layanan dia dan semakin hari semakin hanyut melakukan dosa dan berzina dengan si dia tanpa ada rasa bersalah utk mengulangi nya setiap kali berjumpa.
Dipendekkan cerita, Allah swt itu Maha Kaya, suami saya akhirnya dpt mengesan rahsia yg selama ini saya simpan daripada panggilan telefon dan pesanan ringkas yang dihantar oleh si dia. Suami amat kecewa dan saya menyesal pada masa itu. Saya berasa amat bersalah. Saya kembali pada keluarga dan anak2 yg saya dh abaikan selama hampir 3tahun berlaku curang. Suami saya memberi saya peluang kedua. Saya insaf tapi pada masa yang sama saya masih tidak dpt melupakan si dia.
Kami merancang utk berkahwin, ustazah. Saya tahu si dia amat mencintai saya, sementalahan die sudah tidak sehaluan dgn isterinya. Saya keliru dgn perasaan saya ustazah, lgpun saya sudah tawar hati pd suami saya. Adakah saya berdosa kerana menduakan suami saya dan telah melakukan zina? Apakah keputusan yg saya patut buat sedangkan hati saya amat berbelah bahagi? Bantulah saya, ustazah.
Dari saya; Eh, tidak berdosa. Buat la lagi!
No comments:
Post a Comment