SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, April 28, 2010

Wahai Jiran Kami

Depan rumah saya, ada stesen minyak. Stesen minyak sapa tu, biarlah kita abaikan. Sebab bukan stesen minyak tu yg nak jadi isu. Tepi stesen minyak tu ada lorong yang diberi nama Lorong Hj Ahmad yang terus menyusur sampai ke rumah saya. Sepanjang lorong tu, ade 4 bijik rumah jiran jiran saya.


Abah ambil inisiatif buat jalan bertar dari mula jalan tepi stesen minyak tu terus la ke rumah kami. Ada la lebih kurang dalam 100m nak ke rumah kami. Kira jiran jiran pun sama sama dapat guna kemudahan itu. Kalau tidak bertar, tanah yang merah tentu akan menyusahkan hidup juga kalau hari hujan dan jalan sudah tentu berlopak.


Sepanjang lorong tu pula, Abah dan Umi dengan rajin dan jayanya menanam pokok buah kuinin. Ada 4 pokok. Buah kuinin ni lebih kurang buah machang tp lagi sedap dan susah nak dapat. Sebab takde orang jual. Cuba pergi mana mana pasar, mana ada orang jual buah kuinin. Dulu, buah kuinin banyak sgt sampai tk abis nak makan, kami tk lupa nak sedekah ke jiran jiran dan sedara mara. Kadang kadang, jiran main ambil je buah tu kalau ternampak jatuh tengah tengah lorong tu. Kami tak kisah, memang Umi dah siap pesan macam tu kat diaorang. Ambil je.


Sekarang, kebetulan saya ada kat KB ni buah kuinin tengah berbuah. Sempat la merasa sikit. Yang tk sedapya, bile tadi neberhud yg paling depan sane call kat rumah cakap dgn Umi,;


''Daun daun kering pokok kuinin tu dah penuh tengah jalan, kena bersihkan lah. Menyemak. Kalau tak pun, tebang je lah pokok tu. Nanti kita blh cari orang tebang''.


Oklah, esok kita panggil MPKB dtg tebang pokok kuinin tu ye Cektik.


Wahai Cektik, daun daun tu tk masuk laman awak pun. Sian awak sakit mata tgk daun daun kering tu yer.. Nape la Cektik ni. Kadang kadang bila angin kus kus kerek dia datang, mula la nk mengomplen.


Tulah jiran saya... Ikut suka dia je nak suh tebang yer, Cek Tik. Ya, nama neber saya tu Cek Tik. Dia dah tua dah, single mother. Suka gi solat kat masjid. Dulu saya selalu main sorok sorok bawah rumah Cektik dgn anak bongsu dia, Kak Ris dan geng bas sekolah saya zaman kecil kecil dulu.





Ni lah jalan yang dimaksudkan itu.







No comments: