SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, December 8, 2011

2nd Likha's B-day Celebration Part II


Lepas habis kisah birthday party dan cake cutting [ Part I ], jom kita sambung merapu meraban bab tetamu pulak. Kalau nak sentuh bab tetamu, terus terang ku cakap, memang weols limitkan tetamu. Kira macam private majlis. Walaupun kita buat majlis yang mungkin orang anggap agak besar tapi weols hanya mampu buat dalam bajet weols. Kalau nak kira, ramai yang ku tahu yang telah berkecil hati tidak dijemput dan makan hati tengok majlis kami yang kononnya sangat happening, meriah, teringin datang untuk sama melihat rumah baru kami.


Tapi itu lah, kita hanya merancang. Matlamat utama kami untuk majlis ni, yang paling penting adalah untuk pihak keluarga, kaum kerabat dan sanak saudara bagi kedua belah pihak Papa dan aku. Alhamdulillah, boleh dikatakan belah Papa semua yang diajak, hadir kecuali abg Faizal yang tidak boleh tinggalkan tugas di Hospital Melaka. Itu kami faham kerja dia sebagai doktor. Dan Kak Eni yang kebetulan bercuti ke Spore. Yang belah aku pun boleh dikatakan semua hadir. Syukur sangat. Cuma part kawan, kawan - kawan Papa die jemput yang mana close dan yang mana still keeping in touch. Tu pun siap call bagai. And kalau tengok list beliau, hampir 70% jugak yang hadir... Then part of my frenlist, frankly speak...., ku cuma jemput yang mana terdekat ( dalam area sini ) dan rapat saja. Maaf dan ampun pada yang tidak menerima jemputan. Tolong jangan berkecil hati. 


Honestly, tanyalah pada sesiapa yang pernah menganjurkan majlis macamni dengan bajet yang agak terhad.. Susah dan banyak dilema. Ikutkan hati, semua yang ada dalam kepala ni nak ajak.. Tapi apakan daya. Tambah - tambah pengalaman tahun lepas, pernah mengajar. Tahun lepas, buat open invitation untuk 1st birthday Likha. Tempek kat blog, siap create event kat FB, siap letak RSVP, siap call, SMS bagai, siap inbox sorang demi sorang, tak cukup tu siap private chat dengan rasa menrendah diri untuk menjemput datang demi nak memanjangkan silaturrahim, untuk memeriahkan suasana kami tapi yang datang berapa kerat ? Kita tak boleh nak salahkan sesiapa, kerana masing - masing ada hal memasing, tetiba ada emergency, tetiba ada masalah keluarga. Bagi yang siap bagi jawapan or beritahu ketidakhadiran awal- awal dua - tiga hari sebelum majlis OKlah, tapi yang langsung senyap- sunyi - bisu tanpa berita, mungkin menyusahkan pihak tuan rumah.... Menyusahkan bab nak menempah makanan wahai sayang - sayang semua....... Tahun lepas, banyak membazir..... Tahun ni alhamdulillah, walaupun ada juga makanan yang berlebihan tapi tidak seperti tahun lepas.


Susah, sebenarnya... Tempahan catering pula kat area KL ni bukan macam kat kg, kalau kat sana sekarang boleh lagi dapat RM 7 - RM 15 satu kepala.. Tapi kalau sini...? Jangan harap, dengan nowadays harga barang semua mahal..... Dan silalah percaya, tempahan catering kami baru - baru ni cecah angka DUA di depan untuk satu kepala.....  +________________________+


Kami mengupload gambar - gambar di FB, bukan nak menunjuk - nunjuk majlis tapi sekadar untuk tatapan orang jauh, dan family. Tapi ramai pula yang berkecil hati.


'' Eh tak jemput aku pun ''
'' Bila pindah? Tak jemput pun ! "
" Eiii, comelnya kek ! Rugi tak datang, tak dapat rasa kek !! ''
" Meriahnya...., maaf tak dapat datang''
'' Segannya nak datang ''


Sebenarnya komen - komen anda itu semua buat saya sedih. Sedih sebab tak berniat nak kecilkan hati anda semua, sedih sebab sudah menjemput tapi tak datang, sedih sebab buat orang lain yang nak datang tak dapat datang sebab saya menjemput anda yang tidak datang itu....... Serba salah dibuatnya. Kita pun tak boleh nak paksa - paksa orang datang. Ajak tak datang, tak ajak nak datang. Tapi bila ajak, senyap tanpa jawapan. Macam tahun lepas. Ada jugak yang tahun lepas dah diundang tapi tak hadir, tahun ni ku tak serik selitkan lagi nama itu, tapi tak datang jugak. Dan tiada jawapan. Mungkin tak berminat nak berkawan dengan kita kot... Hehehe.


Jadi macam tu lah..... Apa - apapun, mohon ampun pada semua kalau ada yang tidak dijemput, kami pun tak mampu nak menempah makanan sampai untuk 200 - 300 orang tetamu but at the end semua masuk ke mulut tong sampah juga.... Yang mana hadir, terima kasih banyak - banyak kerana sudi hadir, memeriahkan majlis kami, mengeratkan silaturrahim. Kalau ada terkurang di mana - mana, maaf sangat yer. Yang mana tak hadir, takpe kami paham.. Setiap orang ada hal masing - masing yang tak kita jangkakan. Dan insya Allah tahun depan jika diizinkan umur panjang, dimurahkan rezeki boleh lagi buat birthday party dan menjemput.





Terima kasih blogger Mama Nia-Adel - Alyyani yang sudi turun padang. Ececece.
Twitter yang merapatkan kami.
Ahernya, Mama terlepas rindu - geram nak dukung dan cubit si Adel yang comel sangat tu !
Tak tahu kenapa, tengok Adel asyik nampak muka Likha jer :)






Eryna Nur Hana dan Muhammad Aniq.
Kids Ila, kawan kolej Mama dulu yang last jumpa tahun 2004 kot.

Dengan Dda - Ly & Mia & Anish.
Kakak Nia dan Abg Danial tak datang, dah besar ni takmau ikut Mama pergi rumah orang dah.
Nak main kat kebun lah tu :p
Tq dda for coming :)
















Jutaan terima kasih untuk Kak Chik Ella dengan Kak Nani yang sudi datang.
Dah lama nak jumpa dengan KC since bulan puasa lagi, ada saja aral. At last KC sampai dengan Kak Nani, Aiman dan KekNis ( Hanis Zalikha ).


Saiful Nizam - kawan Mama since sekolah menengah & wife Yun & Baby Ameerulmustika Alma.
Kami 'berjiran jer ngan Sepu cuma daerah lain - lain ;p

Bukan Lee Chong Wei tapi jiran depan rumah.
1 Malaysia !

Blogger Mama Put Megat Terawis.
Happynya dapat cium peluk Obiya yang chubby dan sangat comel, dan gosok - gosok manja Lope.
Tq Put dan En Bubu, walaupun lewat... sampai juga.





Tuk - nenek dari Kota Damnsara sampat dekat nak maghrib.
Makanan dah pindah masuk dalam rumah.

Mr & Madam rumah.
:)

KekNis cakap, mata dia sama Malikha.
Hihi.
Haaa laah... Sama anak jepong !
;p
*
*
*
*
*
*


Gambar di bawah, dedikasi untuk Mommy Cha..... Yang hadir lepas cake cutting bersama Daddy Erie - to - be, tapi sebab Mama ke hulu ke hilir, lupa nak tangkap gambar okeh ! Geram sangat ! Moomy Cha kasi dabel present untuk Likha, aritu dah kasi pun.. Kali ni Mommy Cha kasi blender Barbie huhuhu.... Ni memang nak suruh Likha jadi Jr Masterchef ni ! Tq ..... ;p




Sesungguhnya yang BAIK itu datang dari Allah swt dan
sesungguhnya yang BURUK itu datang kami sebagai manusia...



Tq, kerana sudi membaca ! Tamat sudah Part I Pat II no Part III. Hehehe.
Bye !
:)

17 comments:

Misz-ella said...

kalau dah ada jodoh, lambat pun tetap berjumpa, kan Ztee. siap KC pakejkan dgn Kak nani dan hanis sekali.

BTW, nmpk sungguh meriah majlis tu. KC aritu tergesa2. nak jenguk ke dlm rmh Ztee pun tak sempat. huhu

Mama Damia said...

sory dear..bkn sengaja tk dtg :( mama,kyra pn teringin nk ade sama2 ngn likha aritu

Papa, Mama & Azra said...

Yer la Ztee. Rasanya tuan rumah sure berdepan situasi lebih kurang sama. Tak jemput kang, kecik hati. Terpaksa ketepikan yang jauh2 sebab nak bagi priority. Last2 tak datang walaupon dah rsvp. Portion makanan kau ni sapa nak makan?? Tong sampah ler jawabnya. 1st birthday Azra dulu, tetamu ramai giler. Buat rumah mak, budget jemputan 100 orang sekali my adik cerdik pandai gi jemput satu kampung. Huwaaa...sib baik ada back-up plan sudah. This year plan untuk 100 orang jugak, buat rumah sendiri sebab konflik jiran tetangga mak terlalu ramai. Sekali yang datang tak sampai separuh. Huhu...nasib baik yang datang tu memang yang rapat2 selamba je menapau tolong clearkan makanan. Apa pun, tetap happy dapat buat majlis untuk anak. Alhamdulillah ada rezeki nak kongsi kegembiraan.

Mrs. Simplicity said...

entry ini ditulis dgn penuh isi dan sangat bernas. i have to agree all of your statement. bukan atas dasar kita dijemput tapi atas banyak faktor. terutama bajet. nak jemput bole, tp bila dah open invitation kita tak leh nak budget. rasanya semua faham apa yg zte and syahmi plan and budget. jgn ada yg pandang serong jemput yg glamour2 (eh bukan perasaan glamour), contoh cam hanis zalikha tu kan. so just chill, jgn rasa bersalah ok! and kitorg sekeluarga very honored to be part of the event. alhamdulillah allah melindungi semua, cuaca sgt baik. thanks alot :)

Ztee_Azwanis said...

kc : hehe tq kc.. kak nani pun free kan, kalau die tk free, blm tntu dia sampai...

Ztee_Azwanis said...

mama kyra : tkpelah mama eja, tkde rezeki. insya alllah nextime yer, yg pnting mama eja jaga diri...

Ztee_Azwanis said...

dong : mcmtulah dong... tp kite tulis ni sbg luahan hati dan pendapat peribadi kita saja.hope tk dipandang serong kemudian hari pulak. kita bkn sombong, tp nk buat mjlis mcmni mmg hectic betul lah... apa2 pun, dh lepas ni rasa lega.....sgt....

Ztee_Azwanis said...

alyyani : tulah.. tp ttp berbunyi jgk. biasalah tu rumah siap pahat masih berbunyi kan... tang hanis zalikha tu, zte jemput mak die ngn KC. kak nani kan selalu berjalan dgn anak2, mana die tinggal anak kebetulan hanis je yg free yg lain ada hal.. mcm kak nani sndiri, kbtulan die tkde hal ptg tu....

org ni mcm2 alya... so alya esok2 nk buat majlis mcmni, rancanglah sebaik mngkin hehehe.. konon ada pengalaman byk sgt lah ni hehe

mommychaa said...

sooooooooooo hepi tengok blander...blander pon jadik lah..hihihihi...sebab tak sempat nak amik gambo dgn mama likha & likha that day...=(

Dda Ly said...

:) seronok berpeluang ke sana....:) :) bilelah kite nak dpt jpe lg kan? hiks...

tty, jgn peduli kata² orang ok? sbb orang takkan berhenti berkata²...*wink*

Anonymous said...

Coretan luahan yang bernas dan mmg selalu terjadi bagi tuan rumah yang mengadakan majlis...benar bagai dikata '' rumah dah siap...pahat still berbunyi '' itu lah bayaran kesabaran yang diharus dibayar bagi setiap aturan untuk menyenangkan hati semua pihak...

Farah Shamsudin said...

farah tak dijemput pn.. tapi langsung tiada rasa kecil hati pun.. xd pun rasa sampai xnak kawan.. rilex laaa..

Ztee_Azwanis said...

mommy cha: tu lah..... bkpe lah ngok ngek sungguh ! tkdop kenangan yuols kt 2nd bday mektok kan ??

Ztee_Azwanis said...

dda ly : tq dda.... kita kan setahun sekali jmpa.. so thn dpn lah pulak ;p


hurmmm.. letih dgr ckp org ni dda :(

Ztee_Azwanis said...

ummilily : :)

Ztee_Azwanis said...

farah : tulah, sapa suh farah mhilang ?? hhuhuhu

Farah Shamsudin said...

Mama Likha: tuelaaa.. banyak sgt masalah skang dear.. skang ztee plak xreply whatsapp fara.. mane ilang?