SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, June 7, 2010

Masing Masing Menambahkan Koleksi Yang Ada

Yea! Saya dapat mempujuk Papa untuk ke Masjid India lagi sebab shawl punya pasal. Aihhh. Takda kerja! Alhamdulillah saya dah jatuh hati dengan pelbagai jenis shawl ni lepas melahirkan Likha. Saya rasa shawl lebih senang dipakai daripada tudung bawal tu. Shawl tak payah di iron man mahupun di basuh. Hahaha! Saya memang jarang membasuh shawl.. Heee teruknya!


Sekarang giliran Papa menunggu saya dalam kereta tepi jalan. Paham paham la kat situ, amat payah nak cari parking kan, melainkan parking kat tepi tepi or bersusun kereta then tunggu dalam kereta. Saya cuma pergi kedai kedai yang dekat dekat dgn kereta saja. Malas berjauh jauhan dan bersesak sesak dalam macam macam asap dan bauan India.


Saya menjadi terkujat. Obvious sungguh! Yang saya tak percaya adalah harga harga shawl tersebut. Rasa tertipu lak membeli shawl yang mahal. Tet! Tak baik. Rezeki masing masing kan..? Nama lagi berbisnes...!




Oleh kerana, saya memberi masa hanya 15minit untuk diri sendiri, saya sempat grab 8helai sahaja. Oklah tu. Malas berlama lama. Saya takut jalan sorang sorang. Rasa di perhatikan, walau tiada yang memerhatikan. Hahaha Perasan!





Sekarang tersadai kat rumah, boleh la buat *sehe sehe* sambil keluar jalan jalan makan angin sampai perut kembung banyak angin. Tett!




Model saya memakai shawl yang berharga RM5 sahaja. Sila percaya!



Lepas tu kami ke Midvalley sebab saya nak membeli cupcakes tu lah. Saya pun dah tkde mood nak jalan, rasa bosan dan letih sangat. Cukup cukup la berjalan kat shopping mall. Sampai rasa tersedu menangis dalam hati. Makkk aii! Perasaan apakah ini pulak? Nasib baik boleh kontrol bila tengok telatah anak yang comel dan suami yang hensem. Oh, beliau tidak memakai baju kuning Diraja itu.


Cuma beliau turut mengambil masa untuk menambah koleksi beliau juga. Adakah ini membuatku bersedih dalam hati..? Umpama aku bermadu berkongsi kasih sudaaaaaaaaa.. uuuwawawawawawawa!!


Jeng jeng jeng lagi....

Sila saspen!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Naruto Shaipudden in the house!!





Banyak koleksi yang dibeli.
Dan mendapat info yang penting bagi beliau, bila episod yang baru akan sampai ke Malaysia dua minggu sekali!



Oh tidakkkkkkkkkkkkk!!! Now, kita boleh discontinue Astro dan Malikha sila membesar bersama Naruto Shippuden ya dan Mama jap lagi pandai terbang dan cakap Bahasa Jepun. Oh, Hatiku di Harajuku...! Oh, Encik Naruto..! Apalah nasib. Jum lah Papa, meh saya sama sama berkongsi hobi ini dengan Papa yer... ;(


Sebelum ke mana mana tempat tadi, kami isi perut di Kedai Nasi Ayam Kampung kat Kampung Baru. Akhirnya setelah 8bulan bercuti dari tempat ini, kami memulakan balik apa kegemaran kami dulu dulu. Yihuuuu! Kali ini, Likha kat luar perut dah. Dulu, Likha pun sama enjoy makan ayam kampung. Patutla tu masa mula mula lahir badan keras, tegap jer!




Likha duk atas baby chair ni sekejap saja, dia belum boleh duduk. Papa makan laju laju, pastu riba Likha. Mama sambung menghayati kesedapan ayam kampung goreng yang dulu tidak pandai nak makan sekarang dah pandai sampai tak toleh kiri kanan. Hihuhihuhihuhihu.


Balik awal. Malam layan diri masing masing. Bai bai..


Sekian..!

3 comments:

Mrs. Simplicity said...

seriously rm5???? OMG! hmm bak kata u, rezeki masing2 kan. but seriously??? ok2, saya percaya. ;)

kena dpt kan hanger cool itu la. aiseh, cmne ni bole tak terfikir nak beli hanger gitu. lagi senang kan?

sedan cari idea nak gi masjid india ni. hmmm.. thinking. hehehe...

naruto? adeh, bole tahan gak mummy likha nye taste ni. hehe

Yoshi Aiko said...

wah, nanti sy nak jugak tpt gantung shawl tu :P

Ztee_Azwanis said...

hi sume.

yer. tlg la gi beli. heheh rugi je beli mahal2 tp material nye tetap sama.

hangar tu sila beli kat ikea yer. hrga dlm 20++ saje. ;)

oh tidak. saya tkthu mcne nak feeling naruto... sedih sob seb sob seb...


p/s: iera nak ke hangar tu. bank in nti zte g beli. wiken ni nk g ikea ;)