SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, July 7, 2010

Kenapa Saya Perlukan Ini??

Entry ni is like THE PROPOSAL for my luvly Papa. Yang bukan Papa aku, nak baca baca lah, tapi jangan sibuk geli pulak... Haahaha! Gurau aje! Ok, Papa please listen here. Read carefully till the end ya.....



Saya perlukan buggy ni untuk Likha. Banyak kebaikan dari keburukan.

  • Sangat ringan
  • Senang nak pakai
  • Simpan pun senang, blh lipat je kan
  • Baby dari umur 6 bulan ke 4tahun, so dh sesuai untuk Likha
  • Murah - dalam 10% dari harga jam kita beli baru baru ni pun boleh dapat
  • Likha berat almost cecah 10kg. Sesuai sementara Likha masih belum boleh berjalan. Tak larat nak dukung lama lama.
  • Plan untuk pergi bercuti
  • Memudahkan Mama kalau keluar tanpa Papa







Alasan untuk nak pakai buggy ni? Pa dengar ye.

  • Since Likha dah boleh keluar malam, kita selalu pergi beli stok grocies kita kat Giant tu, malam malam kan, lepas Papa lik kerja. Kadang kadang, emergency nak topup susu Likha or pampers Likha. Pergi Giant sekejap jer, paling lama dua jam lah. So tak perlu la kita bawak stroller yang besar. Buggy kan liteweight je, lipat pun like umbrella. Mama pun boleh buat sebelah mata.

  • Kita urgent selalu pergi kedai feveret kita, Daiso kat The Curve tu kan Pa cari barang feveret yang kita selalu beli kat situ. Kadang kadang pergi dalam setengah jam, paling lama cecah la satu jam kalau Mama ralit belek barang. So Likha kan dah amat berat, senang je kalau ada buggy yang ringan tu. Nak bukak senang, lipat senang. Mama je boleh buat tolong Papa. Tak yah kita dukung Likha, nak memilih barang lagi, nak pegang / tolak shopping cart lagi.

  • Pastu kita pun suka jugak dengan urgent pergi ke Carrefour Subang Jaya untuk hal kecemasan feveret kita kan Pa! So, oleh kerana Likha pun dah makin berat, why not kita bubuh dia dalam buggy yang ringan, so tak perlu la nak membuka stroller yang besar dan berat tu. Jap je nak bukak buggy yang kecil molek tu.

  • Car seat Likha dah ada, nanti nanti kalau Mama nak keluar dengan Likha dah boleh letak dia dalam tu, tapi kan kekasih gelap Mama tu mana muat boot nak letak stroller Likha yang besar tu. Kita dah pernah try kan? So kalau letak bahagian dalam kereta, Mama takleh ajak orang lain lagi lah teman Mama pergi ke mana mana. Ni kes emergency lah Pa, if terpaksa keluar without Papa. Jadi, kalau ada buggy senang yang kecik molek tu, nah duk diam diam dalam boot. Mama pun senang je nak bukak, tanpa lelah.

  • Kalau len kali kita nak balik KB naik firely, kita pun boleh bawak buggy pergi epot. Buggy kan kecil je, muat sangat dekat simpan luggage kat dalam flite tu. Oleh kerana Papa sendiri pun dah mengah dukung Likha inikan pula Mama. Kadang kadang bila Papa nak check in, Mama kena mendukung dia. Biar lah Mama tolak dia dalam buggy. Dia pun selesa.

  • Pastu kita kan ada plan nak makan angin minggu minggu depan sebelum start bulan puasa. Dah siap dalam planner Mama mana denstinasi kita. So tak perlulah Pa kita bawak stroller dia yang besar tu, nanti kat boot keta nak simpan beg beg baju lagi. Nanti kat tempat makan angin tu pun, senang jer bukak buggy, tak susah sangat nak pusing pusing bukak stroller dia. Mama pun kesian tengok Papa yang selalu buat.

  • Ok, Likha kan nanti nak pergi lagi ambil injection untuk Vaksin Pneumoccal dia kan, ada lagi 3 dose. So nanti nak pergi DEMC senang je if ada buggy, tak payah la kita berdukung dia jer Pa. Letih dan dia pun macam tak selesa duk atas riba kita lama lama sambil tunggu turn jumpa Dr Roliza. Bukan takleh guna stroller, tapi macam Mama cakap la stroller tu kan besar, makan space kat DEMC tu nanti, nak bukak n simpan pun ambil masa dan tenaga Papa. Buggy easy je macam bukak payung.

  • Pastu kan, bila Papa selalu pergi main badminton Rabu malam dengan member member kat badminton hall apartment dalam kita ni, Mama pun boleh pergi jarang jarang tengok Papa main. Buh jer Likha dalam ni, senang kan tak yah menyusahkan Papa. Boleh la Mama join main se,dua game kan Pa.

  • Ok, Mama pun plan petang petang nak jogging atau berjalan kaki sampai berpeluh kat track jogging bawah rumah kita ni. So sambil sambil tunggu Papa balik kerja, Mama boleh jer bawak Likha. Boleh gak dia ambil angin petang. Tak perlu lah nak bawak stroller yang berat tu, kan tanah berumput tu susah nak handle stroller. Mama dah cuba pun hari tu. Betul tak? Senang kan.



  • Stroller tu bukan taknak pakai dah, masih boleh dipakai apa. Kalau kita nak pergi tempat yang memang sah sah dah kita lama kat situ, macam nak shopping ke kat OU ke, Midveli ke , Sunway ke, kita bawak la stroller. Barang pun boleh simpan dan gantung kat stroller Likha tu. So dah fully utilized stroller tu, jangan terbalik kuwe ngan Likha sudah lah.



So, munasabah tak kalau saya perlukan buggy or lightweight stroller ni buat masa ni??



Ok kan Pa. Cun je, murah pun murah je. Tak nak la beli yang mahal mahal. Kat ToysR'Us pun ada.



Ok, sekian proposal dari bini By..! Muah Lebiu.

3 comments:

LiAnA said...

fuhh panjang proposal nak mintak buggy kekeke... actually senang guna buggy je.. ringan je kan..

Mummy Zara Sofea said...

betul2..buggy ringan kan.

senang nkbawak

zteesyahmi said...

hahaha, panjangkan? so yuols pakai buggy gak? rekemen la brand apa yg best dan cun. nk beli yg puas hati ni